Kuala Lumpur, Malaysia

Open daily

Cheq-Ta Buzz Outreach

BUZZING COMMUNITIES

BUZZING COMMUNITIES –

PROGRAM KOMUNITI QRAEIZA BEES EMPIRE

Buzzing Communities adalah sebuah program komuniti berterusan Qraeiza Bees Empire dengan objektif untuk memberi sedikit keselesaan dan kelegaan kepada warga yang memerlukan agar dapat meneruskan kehidupan harian dalam bentuk barangan asas.

Bantuan pada permulaan ditumpukan di Daerah Baling,Kedah, di mana ladang lebah Beeyond Honey bertapak. Mengenali penduduk tempatan memberi kelebihan mengenalpasti keluarga yang lebih memerlukan bantuan.

Majoriti penduduk bekerja sebagai penoreh getah dan petani.Mereka masih bergelut demi mencari sesuap nasi untuk dibawa pulang dengan purata pendapatan hanya RM400 – RM600 sebulan.12,300 penoreh pawah terpaksa mengikat perut dan perlu berhutang bagi membeli makanan setiap hari.Ikan tamban masin dan ulam pucuk pelam sekitar rumah adalah makanan harian mereka.

Hidangan sardin umpama makanan mewah,terpaksa dibeli secara hutang dan untuk menikmati ayam atau daging sukar sekali dan pastinya mereka hanya boleh sekadar bermimpi.

Buzzing Communities telah berjaya menyalurkan bantuan di kawasan sekitar Daerah Baling seperti:   

1) Kg.Teluk Temelah    2) Kg.Kelian Dalam    3) Kg.Weng Dalam     4) Kg.Dalam Wang   5) Kg.Lalang    6) Kg.Teluk Sg.Durian   7) Kg.Charok Sotong    8) Kg Charok Nau            9) Kg .Haji Abas     10) Kampung Iboi     11) Kg. Sera     12) Kampung Pisang, Kupang     13) Kg Telok Pendiat Sotong    14) Kg. Jenalik    15) Kg Weng    16) Kg. Teluk Teduri   17) Kg. Teluk Sungai Durian  18) Kg. Telok Pendiat  19) Kg. Tiak   20) Kg. Temusu​

Keluarga asnaf di Baling selalu berhadapan dengan kekurangan barangan asas disebabkan faktor pendapatan,persekitaran atau kesihatan pencari rezeki keluarga.

Kami  di Buzzing Communities ingin membuka peluang kepada anda yang ingin menginfaq sedikit sumbangan kewangan dan barangan kepada keluarga asnaf dan memberikan senyuman kegembiraan kepada mereka.

Barangan keperluan asas yang diperlukan untuk diagihkan adalah: 1) Beras   2) Minyak Masak   3) Tepung   4) Gula    5) Susu   6) Kopi/Teh   7) Biskut Tin    8) Sardin   9) Kordial  10) Mee Hoon.

Istimewanya,program ini diadakan dengan bantuan sukarelawan disertai oleh penduduk tempatan serta penyumbang yang ingin turut serta melihat sendiri pengagihan bantuan.Kami amat mengalu-alukan penglibatan semua pihak di dalam program komuniti ini.

Semoga sumbangan dan bantuan anda semua dapat membekalkan senyuman kebahagian kepada keluarga asnaf dan secara tidak langsung memberi manfaat kepada semua.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:

Qraeiza Bees Empire

Suite 6.05C, 6th Floor,Wisma Central,

50450 Kuala Lumpur.

Hubungi/WA:+6010.457.4817

Previous post

Agihan Banjir Baling

Leave a Comment

Item added to cart.
0 items - RM0.00