Kuala Lumpur, Malaysia

Open daily

Agihan Banjir Baling

BUZZING COMMUNITIES

BUZZING COMMUNITIES –

PROGRAM KOMUNITI QRAEIZA BEES EMPIRE DENGAN KERJASAMA YAYASAN AMAL ASAS (YAA) MUSIBAH BANJIR BESAR DI BALING,KEDAH.

Pada  petang 4 Julai 2022 , kami menerima berita sedih dari sahabat sukarelawan Buzzing Communities  di Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas Mukim Kupang yang sedang diuji dengan musibah banjir besar. Rumah mereka ditengelami air dan ada di antaranya yang musnah dibawa arus banjir yang sangat deras serta berlumpur. Kami dimaklumkan banjir kali ini berbeza kerana ada kawasan yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini juga turut terjejas ditenggelami air.

Ada mangsa-mangsa kami kenali semasa program Buzzing Communities terdahulu di Baling.  Simpati terhadap nasib mangsa-mangsa banjir yang memerlukan bantuan dengan segera, Buzzing Communities mengambil tindakan proaktif untuk membantu mengumpulkan sumbangan barangan keperluan untuk diagihkan segera kepada mereka. Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat Buzzing Communities yang menyumbang untuk projek ini terutamanya Yayasan Amal ASAS (YAA) yang telah menaja barangan keperluan seperti rice cooker, stove dan keperluan asas makanan.

Tarikh Agihan Barangan:

17 Julai 2022 (Ahad)

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:

Qraeiza Bees Empire

Suite 6.05C, 6th Floor,Wisma Central,

50450 Kuala Lumpur.

Hubungi/WA:+6010.457.4817

Leave a Comment

Item added to cart.
0 items - RM0.00